Thursday 9 June 2022

KEPUTUSAN AKHIR LIGA PREORDER KARYAZ 1.0

Tirai Liga Preorder Karyaz 1.0 di tutup dengan MJG SQUAD menjadi Champion dengan 89 Mata keseluruhan.Berjaya mendapatkan 2 kali Winner Winner Chicken Dinner..
46 Mata Singkir yang mereka dapatkan membuktikan team ini benar-benar kuat dalam mencari Kill Poin sekali gus mereka juga mantap dalam Rotasi dan pertahanan yang di buktikan dari Placement Points yang mereka dapatkan sebanyak 43 Mata.
Jika kembali ke LIVE Final, kompoun yang di pegang oleh pasukan ini sukar untuk di ambil alih oleh pasukan lain,jarang ada pasukan yang mampu menewaskan mereka dengan mendapatkan kompoun yang telah di pegang oleh MJG Squad ini.
Keras!
Apa pun tahniah MJG , semoga hadiah 4pcs Tshirt Blood Raven design olahan KARYAZ dapat menjadi kenangan yang indah dari Liga yang tidak seberapa ini..
Tahniah lagi sekali, MJG SQUAD!!

Phantom Squad juga berada di Kedudukan ke 2 ,satu-satunya pasukan yang mampu menyamai rekod Champion dengan mendapatkan 2 kali Winner Winner Chicken Dinner..Mendapat 42 Placement Point dan mengumpul 36 Mata Singkir,sekaligus mendapat 78 Mata Keseluruhan , ketinggalan 11 Mata berbanding Mata Keseluruhan MJG Squad,dan mendahului 10 Mata mendahului Mata Keseluruhan Pasukan Virtual Arena Glory Bah yang berada di Kedudukan yang keTiga di mana Pasukan VA Glory Bah ini juga antara yang konsisten dalam menjaga Placement Poin dan Mata Singkir sebanyak 31 mata menunjukkan VA Glory Bah juga team yang mantap dalam Fire Power ..

Apa pun,harap semua enjoy dalam Final Liga Preorder Karyaz untuk 1.0 ini, dan kerana ada permintaan, KARYAZ akan meneruskan liga ini ke 2.0 yang akan di war-warkan nanti.

#BeTheOne!!

 

No comments:

Post a Comment