Monday, 24 March 2025

005 WWCD


Pelancaran Design 005 - WWCD untuk kaki PUBG .. pemburu ciken dinner boleh sarung baju ni walaupun selalu too soon.haha..Tapi perjuangan untuk ciken tu mahal.Cia!!

Design 005 di lancarkan pada 23 Mac 2023 , sempena tak lama payday kan .. dengan harga jualan RM28 , berikut adalah harga promosi yang di harap anda tidak akan terlepas gaisek!

Promo Pelancaran + Promo Payday + Pre Order !

hanya RM19 
25 mac 2025 ~ 7 April 2025 Sahaja
pengeposan pada 10 April 2025
Grab promo ini , klik 005 Promo19

hanya RM22 
8 April 2025 ~ 17 April 2025 Sahaja
pengeposan pada 20April 2025 
Grab promo ini , klik 005 Promo22

hanya RM25 
18 April 2025 ~ 27 April 2025 Sahaja
pengeposan pada 30 April 2025
Grab promo ini , klik 005 Promo25

RM28 
bermula 28 April 2025 , harga design 005 akan di jual denga harga jualan asal.
klik WhatsApp order 005



kod design : 005
WWCD

Friday, 21 March 2025

PUBG01 TARIKH RASMI GRANDFINAL CHAMPIONS WAR 4

Tarikh Pertama GrandFinal Champions War 4 yang di jadualkan pada Disember 2024 di tunda atas sebab tertentu antaranya kekurangan platform mencari Juara,pelancaran Ultimate Royal,kekurangan kerjasama dengan beberapa pihak lain,dan beberapa lagi sebab yang lain,. dan kini,
Karyaz telah menetapkan tarikh baru iaitu 22 Jun 2025 sebagai tarikh GRANDFINAL Karyaz CHAMPIONS WAR musim ke 4,dan sehari sebelumnya sebagai peringkat kumpulan pada 21 Jun 2025 , dua hari ini ( peringkat Kumpulan dan Peringkat Grandfinal) adalah sebagai Main Event Karyaz Champions War 4.

Secara ringkas : Kumpul jemputan Top1 @ Champion dari Scrim@Tournament bermula 22 Mac 2025 > bahagi kepada beberapa kumpulan > Bermain di peringkat kumpulan 21 Jun 2025 > Grandfinal 22 Jun 2025

Pemburuan Top 1 bermula pada 22 Mac 2025 dan akan di jemput menyertai Champions War 4 , Prizepool RM1200 tajaan The Moonstruck Crew ,Jutaan Terima kasih penaja utama kita !.. Setelah beberapa musim Karyaz Champion War berlalu , Musim ke 4 inilah dengan Jumlah PrizePool Tertinggi dari penaja utama , terima kasih sekali lagi atas kepercayaan.


Bagaimana untuk sertai?
Hanya Top 1 Jemputan Karyaz sahaja..

Top 1 dari scrim/tour mana yang layak menerima jemputan?
Ada beberapa platform Top 1 yang mendapat kelayakan jemputan..

- team yang dapat WWCD di Ultimate Royal, hantar id PUBGM untuk pengesahan melalui history statistik 
- Top 1 dalam Training Scrim yang di sedikan oleh Karyaz , boleh Follow channel WhatsApp Karyaz untuk info scrim harian
- Top 1 dalam Tournament yang di sedikan oleh kolaborasi Karyaz dengan Host Tournament , boleh Follow channel WhatsApp Karyaz untuk info Tournament harian
- Top 1 dalam Clan War/Community Scrim/Family War atau mana-mana scrim atau Tournament yang mengambil Karyaz sebagai Caster /  Platform Siaran langsung..Boleh WhatsApp Karyaz untuk dapatkan perkhidmatan Caster Karyaz.

Berapa yuran penyertaan jika mendapat jemputan?
Top 1 yang layak akan menerima jemputan dengan beberapa syarat dalam jemputan.
Antara syarat nya adalah yuran pengurusan RM5 di kenakan sebagai kuncian Slot , cas pengurusan , komitmen slot , juga sebagai mengelak dari pasukan yang tidak serious .

Berapa jumlah team Top 1 akan di jemput?
-Minimum 16 pasukan , jika hanya 16 pasukan sahaja yang menyahut atau menerima jemputan Champions War 4 ini, acara akan terus di bawa ke hari Grandfinal tanpa melalui peringkat kumpulan.
-Maximum 16 kumpulan ( Kumpulan A sehingga  P ) di mana setiap kumpulan ada 16 pasukan top 1 yang menyahut jemputan perang di Champions War 4. Top 1 setiap kumpulan akan di bawa ke Grandfinal.
-Jika hanya ada 6 Kumpulan Contohnya Kumpulan A sehingga F , hanya 3 pasukan teratas setiap kumpulan di bawa ke Grandfinal(18 pasukan).. 
*Hak penentuan ke Final sepenuhnya di tangan penganjur, Karyaz..sama ada 16 atau 18 pasukan yang layak ke Final ikut kepada berapa kumpulan yang berentap di peringkat kumpulan.

Kenapa perlu Top 1 sahaja?
Dah namanya Champions War .. nak top two buat Top2 War la..hmm..jangan serius naa~
Selaku penganjur , Karyaz berminat untuk menyaksikan gameplay dari pasukan2 yang memang ada jiwa Juara untuk berentap sesama mereka.. Tidak ada pasukan yang hanya "cuba-cuba join" dalam event ini dengan syarat hanya Top 1 @ Champion sahaja yang layak..

Cari Scrim,info pubgm dari karyaz? Follow Channel Karyaz klik Channel Karyaz
Perlukan caster Pubgm Karyaz klik Caster Karyaz




Wednesday, 26 February 2025

004 BORNEO SBHSWK





kod design : 004
BORNEO SBHSWK


 Boleh dapatkan Design kod 004 secara "Walk In" di lokasi :